HIKMAH DISEBALIK HUSNU ZON (BERBAIK SANGKA)
Berbaik sangka akan diikuti oleh kebaikan
Berfikir buruk akan diikuti keburukan
Anda adalah apa yang anda fikirkan
Apabila ditimpa musibah, dimarahi seseorang dan segala keadaan yang membuatkan kita sakit hati, maka terdetikla dalam hati kita prasangka yang bermacam-macam. Meskipun kita cuba mengelak, nafsu jahat ini dating juga. Namun walaubagaimana cara sekalipun, kita sebagai manusia perlu mengelak daripada menuduh, mengata dan sebagainya. Dalam Hadis Qudsi-Allah berfirman:
Aku senantiasa mengikuti prasangka hamba-Ku terhadap diri-Ku, jika ia berprasangka baik maka kebaikan pula yng mengikutinya. Demikian pula jika ia berprasangka buruk maka keburukan pula yang mengikutinya - Diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim, Thabrani dan Ibnu Al Najar.
Dan Firman Allah lagi didalam surah Al-hujurat, ayat 12 yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka kerana sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa…
Seperti yang dikatakan oleh Ali bin Abi Thalib:
Berhati-hatilah terhadap buruk sangka kerana buruk sangka itu meruntuhkan ibadat dan memperbesar dosa
Marilah kita sama-sama muhasabah diri dan berusaha untuk sentiasa berbaik sangka. Agar senyuman sentiasa terukir dalam diri kita dan sebenarnya ia memberikan sedekah yang tersembunyi kepada manusia di sekeliling kita