DIAM ITU EMAS


Renungan buat kita yang sering lupa. Sabda Rasulullah s.a.w, “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berkata benar atau diam.” Hadis Riwayat Bukhari

Daripada hadis di atas, manusia hendaklah berkata benar dan lebih baik diam daripada bercakap sesuatu perkara yang tidak diketahui kebenarannya. Budaya masyarakat kita ddewasa ini lebih pandai berkata-kata sedangkan asasnya langsung mengikut kehendak nafsu sendiri. Maka timbullah perkataan-perkataan yang pelik, lucah dan boleh menghiris perasaan orang lain. Ingatlah bahawa percakapan melambangkan budi pekerti seseorang.

Justeru, hendak memberi komen, ulasan tertentu hendaklah dengan cara yang betul, jangankan ia memakan diri sendiri tanpa disedari yang akhirnya mendapat kejian daripada Allah s.w.t.

Akhir kata, diam itu lebih baik daripada menyebarkan ‘radiasi fitnah’ yang lebih merbahaya daripada membunuh. Sama-samalah kita sebagai umat Islam berdoa agar terhindar daripada menjemput malapetaka Allah yang maha Dahsyat.

Rujikan: Diam itu Emas, Abdullah Gymnastiar (2005), Bandung : MQS Publishing

Catatan Popular