MASIH ADA YANG SAYANG

Pernahkah kita dimarahi akibat kesilapan kita? Pernahkan kita dipinggirkan oleh rakan-rakan kerana kelemahan kita? Perkara ini biasa berlaku kepada semua manusia ekoran perasaan sesama manusia senantiasa berubah. Namun demikian, jangan kita khuatir akan rencah kehidupan ini. Yang marah, benci dan yang tidak suka itu hanyalah manusia ciptaan-Nya, namun Allah tidak sesekali meminggirkan kita sebagai hambanya.

Betapa Allah itu Maha Pengasih dan Maha Pengampun terhadap manusia. Tetapi kita sendiri yang meminggirkan Allah dengan kelalaian sendiri, sibuk dengan urusan seharian, melakukan maksiat dan sebagainya. Apabila kita disisihkan atau menimpa sedikit musibah barulah kita terhantuk untuk mengingati Allah s.w.t sedangkan Allah tidak pernah mengantuk mahupun tertidur walau sedetik pun.

Ingatlah bahawa Allah sentiasa menyayangi semua manusia selagi kita tidak mensyirikkan-Nya

Catatan Popular