HIKMAH BERWUDUK DENGAN SEMPURNA

Kita kadang-kadang ataupun tidak tahu-menahu apakah hikmah disebalik mengambil wuduk sebelum menunaikan solat lima waktu. Berdasarkan hadis nabi kesayangan kita, mengambil wuduk sahaja mempunyai banyak kelebihan kepada umat seperti sifat air yang jernih dan menyegarkan kita.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “ Jika seorang hamba Mukmin berwuduk, ketika dia berkumur, akan keluar dari mulutnya dosa-dosanya, jika menghirup air ke dalam hidung dan mengeluarkannya dan mengeluarkannya, maka akan keluar dosa-dosanya dari hidung. Bila membasuh mukanya, maka akan keluar dosa-dosanya dari hujung kedua matanya. Jika membasih kedua tangannya, maka akan keluarlah dosa-dosanya dari kedua tangannya, maka akan keluar dari kukunya. Dan jika mengusap kepalanya, maka akan keluarlah dosa-dosa dari kepalanya, sampai keluar pula dari telinganya. Dan jika membasuh kedua kakinya, maka dosa-dosanya akan keluar dari kedua kakinya sampai keluar dari kuku-kukunya. Kemudian perjalanannya menuju kemasjid dan solatnya merupakan tambahan pahala baginya.”
“Barangsiapa menyempurnakan wuduknya sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah, maka solat lima waktu yang dikerjakannya akan menghapuskan dosa-dosanya yang ada di antara waktu-waktu solat tadi.”
Maka ambillah wuduk sesempurna yang mungkin tanpa membazirkan air.