ASET

Perkataan ABLEH merupakan singkatan kepada Aset, Belanja, Liabiliti, Ekuiti dan Hasil.
Lima perkara ini penting untuk difahami kerana ia adalah penentu sesuatu akaun/butiran sama ada debit atau kredit. Penyediaan Jurnal, Lejar, Imbangan duga dan juga Akaun penamat (Akaun Untung Perdagangan, Akaun Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan)


Aset
Aset kedudukannnya sebelah DEBIT (sebelah kiri)
Aset terdiri daripada Aset Semasa dan Aset Bukan Semasa
Contoh Aset semasa
  • Penghutang/akaun belum terima
  • Stok akhir/inventori akhir
  • Belanja-belanja prabayar/terdahulu
  • Hasil-hasil belum terima/terakru
  • Simpanan tetap
  • Tunai/Bank
Contoh Aset Bukan Semasa
  • Kenderaan
  • Bangunan 
  • Premis (kedai yang ada dalam bangunan)\
  • Pelaburan
  • Perabot
  • Kelengkapan
  • Alatan pejabat
  • Jentera/Mesin

Catatan Popular