Laluan Pelajar Lepasan SPM Prinsip Perakaunan

Pelajar SPM 2016 telahpun menduduki semua kertas peperiksaan yang berakhir pada awal Disember 2016. Bagi pelajar mereka sudah "Merdeka" kerana waktu mengulangkaji telahpun selesai

Pada zaman saya (SPM 2001) selesai sahaja peperiksaan SPM, kami meraikannya dengan keluar ramai-ramai berjalan ke pantai, makan KFC dan meraikan hingga lewat malam. Pada masa ini belum kenal internet. Terasa hilang semua bebanan ketika belajar pada waktu itu



Saya sempat bekerja di KFC Taman Putra, Kuala Lumpur sementara menunggu keputusan SPM. Pada masa itu pilihan untuk melanjutkan pelajaran ialah Matrikulasi, Diploma dan Tingkatan 6

Saya mendapat tawaran untuk menyambung diploma perakaunan di Universiti Teknologi Malaysia selama 3 tahun. Pada ketika ini tiada sumber rujukan untuk mengetahui laluan terbaik untuk pelajar jurusan perakaunan. Saya akhirnya menyambung ijazah pendidikan perakaunan untuk menjadi seorang guru. Alhamdulillah

Pada masa sekarang, anda sebenarnya bernasib baik kerana ada beberapa laluan untuk menjadikan kita seorang akauntan, terutama golongan bumiputra. Hal ini kerana saranan daripada kerajaan supaya bidang perakaunan diperluaskan


Berdasarkan statistik yang dilakukan, bidang profesional perakaunan adalah amat minima di Malaysia. Ini merupakan peluang kepada pelajar SPM 2016 jurusan perakaunan untuk menjadi akauntan bertauliah


Jadi, apakah laluan yang terbaik untuk pelajar selepas mendapat keputusan SPM nanti. Berdasarkan sumber yang dipercayai, terdapat dua haluan untuk menjadi seorang akauntan.Pertama terus mengambil bidang profesional selepas SPM. Cara ini lebih cepat masa untuk menjadikan kita seorang Akauntan. Tempoh masa untuk laluan ini ialah 10 tahun. Maksudnya jika kita gagal beberapa paper profesional, kita lagi masih boleh mengulangi sehingga berjaya. Memang berbaloi jika kita menjadi Akauntan bertauliah. Pada masa sama ita layak mendapat biasiswa jika kita mendapat keputusan cemerlang untuk SPM. Institusi yang menawarkan bidang profesional ini ialah INTEC, UITM da Kolej Universiti Politech Mara

Cawangan Kuala Lumpur. Kedua ialah melalui jalan biasa iaitu Matrikulasi/Diploma kemudiannya Ijazah dan terus mengambil peperiksaan progesional. Universiti yang menawarkan perakaunan ialah UUM, UM, UTM dan lain-lain. Jika pelajar ambil jalan ini, anda perlu mengambil peperiksaan professional untuk menjadi Akauntan bertauliah





Saya berharap pelajar yang mengambil jurusan perakaunan ini mendapat keputusan yang baik untuk SPM 2016.  Semoga sedikit-sebanyak membantu pelajar untuk memilih haluan terbaik

Catatan Popular