5 Tahun Menjadi Seorang Pendidik
Pada akhir tahun 2016 yang baru sahaja meninggalkan kita, genap 5 tahun saya menjadi pendidik. Bermula 2011 saya mula mendapat tempat untuk mengajar di sebuah sekolah di Johor Bahru. Terasa terharu dengan rakan guru pada kali pertaa melapor diri kerana mereka sangat membantu ketika dalam kesusahan. Begitu banyak pengalaman ketika bersama dengan pelajar. Pelajar yang belajar di Sekolah Teknik hanyalah selama 2 tahun iaitu tingkatan 4 dan 5 sahaja. Jadi pelajar baru akan silih berganti selama dua tahun
Ketika saya masih di bangku Sekolah Menengah pada tahun (SPM 2002), cara pembelajaran sangat berbeza. Guru hanyalah mengajar di kelas, selebihnya pelajar sendiri perlu mengulangkaji sendiri di rumah. Latihan yang diberikan guru hanya 1 hingga 2 soalan sahaja. Ianya tidak cukup untuk menguasai sesuatu bab atau tajuk. Jadi pelajar akan berusaha untuk mencari soalan-soalan tambahan dan cuba menjawabnya sendiri. Ia sebenarnya mengajar kita untuk berdikari
Pengalaman selama 5 tahun ini, pelajar diberikan latihan secukupnya untuk sesuatu bab. Ini menjadikan pelajar acuh tidah acuh untuk menjawab. Berbanding jika pelajar sendiri mencari soalan dan sanggup membeli modul soalan, mereka akan menghargainya dengan membuat semua soalan dalam modul latihan tersebut
Bagi pelajar yang cemerlang, mereka ini akan belajar sendiri tanpa perlu banyak bimbingan guru dan tuisyen di luar. Pengalaman mengajar di sekolah, terdapat seorang pelajar yang dianugerahkan Allah swt dengan minda yang hebat. Pelajar ini hanya mendegar apa yang diajar oleh guru, tanpa membuat catatan dan banyak latihan. Namun tuba sahaja ujian, beliau dapat menjawab dengan baik dan mendapat markah yang cemerlang!
Ramai pelajar yang telah melanjutkan pelajar di Universiti dalam dan luar negara. Sebagai pendidik, saya merasa cukup bangga dan bersyukur kerana mereka berjaya
Nasihat saya kepada pelajar dalam setiap mata pelajaran, belajar dengan bersungguh-sungguh, jangan terlalu mengharapkan guru memberi latihan. Anda sendiri perlu berusaha untuk mendapatkan set soalan sama ada meminta sendiri koleksi soalan daripada guru, ataupun membeli modul latihan. Bagi saya ianya penting kerana akan akan lebih menghargai dan faham disebabkananda sendiri berusaha mendapatkannya.
Jangan lupa ibadat kepada Allah, menghormati ibu bapa kerana doa mereka cukup mustajab. Kerana doa mereka kita akan berjaya, InsyaALLAH!