Memuat turun / Download Video Youtube
Assalamualaikum wbt. Kali ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk memuat turun / download video ke dalam laptop / dekstop anda. Ianya adalah secara percuma tanpa perlu install software khas. Kualiti video yang dimuat turun adalah sama seperti video yang dilihat di laman web youtube
Langkah pertama ialah anda perlu membuka laman web rasmi www.youtube.com .
Taip nama video yang ingin dimuat naik di bahagian search. Contoh di sini saya membuat carian Ustaz Azhar Idrus 2016. Maka akan tertera video yang berkaitan seperti gambar di bawah
Langkah ketiga ialah pergi ke bahagian laman web. Buang perkataan 'ube' seperti dalam gambar yang berwarna biru.
Langkah keempat ialah klik 'enter' pada alamat web berwarna biru seperti di bawah
Anda akan dibawakan ke alamat yang baru iaitu www.yout.com/..... Terdapat dua pilihan sama ada ingin memuat turun audio sahaja atau video. Format MP3 untuk audio sahaja, manakala MP4 untuk video penuh. Jadi klik MP4 untuk video penuh.
Anda juga boleh memilih kualiti video yang ingin dimuat turun. Kemudian langkah kelima ialah klik butang 'Rekod MP3' yang berwarna biru seperti gambar di bawah
Secara automatik video akan dimuat turun, ianya dapat dilihat di bahagian bawah sebelah kiri seperti gambar di bawah ini. Anda boleh buka video ini selepas selesai aktiviti download atau pergi ke folder download untuk mendapatkan video yang dimuat turun ini. Selamat mencuba!