BAGAIMANA MEMOHON SIJIL LCCI

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah keputusan SPM 2016 sudah keluar. Tahniah kepada para pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang terutama bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

Bagi pelajar yang sudah berusaha namun keputusan di luar jangka, terima dengan hati terbuka kerana rezeki Allah Maha Luas.

Mungkin ada pelajar tertanya-tanya apa maksud LCCI yang tertera di bawah slip SPM bagi pelajar yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Sebenarnya anda layak untuk memohon sijil ini bergantung kepada gred yang anda perolehi. Contoh sijil dibawah menandakan pelajar ini layak untuk memohon sijil LCCI



LCCI merupakan sijil melayakkan anda untuk menjadi akauntan bertauliah dan diiktiraf negara antarabangsa. Tempoh pengajian ini adalah selama 6 tahun.

Sijil LCCI boleh mohon secara online menerusi laman web www.lcciasia.com dan ikuti 4 langkah mudah untuk memohon. sebelum anda memohon, sila scan slip keputusan SPM dan kad pengenalan untuk dikepilkan bersama.

Langkah pertama sila ke laman web www.lcciasia.com dan akan keluar paparan seperti di bawah ini



Kemudian klik About LCCIIQ di bahagian atas sebelah kiri


Seterusnya, klik SPM Double Certification di bahagian atas sebelah kiri seperti gambar di atas. Kemudan akan keluar maklumat untuk anda klik dan isi berdasarkan maklumat yang diminta





Dan akhir sekali anda pilih fail untuk dimuat naik, dan langkah proses pembayaran secara online. Selamat mencuba dan semoga berjaya

Catatan Popular