Hala Tuju Lepasan SPM Prinsip Perakaunan
Assalamualaikum wbt. Sekarang timbul satu isu melibatkan Ijazah Perakaunan tidak lagi relevan di Malaysia. Mungkin ada yang tertanya-tanya apa kelebihan dan peluang masa depan pelajar mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan ini.
Untuk pengetahuan, pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan di sekolah berpeluang untuk menyambung pelajaran dan terus menjadi Akauntan bertauliah. UITM Shah Alam ada menawarkan kursus CAT-ACCA di tempat yang sama. Kursus ini melayakkan pelajar untuk menjadi akauntan. Pelajar yang layak boleh memohon kursus CAT (Certified Accounting Technician). Kursus ini selesai selama 1 tahun. Kemudian terus sambung ACCA (Association of Chartered Certified Accountants) selama 3 tahun.
Berikut maklumat kelayakan untuk memohon CAT dan anda akan ditemu duga sebelum ditawarkan di UITM Shah Alam
Semoga pelajar sudah membuat perancangan masa depan untuk 2018 ini. Bagi saya ia adalah salah satu jalan untuk menjadi Akauntan bertauliah yang mana anda boleh menjadi Akauntan di semua negara Asia.