Modul 1 : Analisis dan Tafsiran Penyata Kewangan untuk Membuat Keputusan


1.1 Analisis Penyata Kewangan dan Perbandingan Prestasi

Analisis ini amat penting bagi sesebuah perniagaan untuk membuat perancangan dan membuat keputusan supaya perniagaan sentiasa menjadi lebih baik

Terdapat 3 jenis nisbah kewangan yang perlu dikuasai dalam modul ini iaitu:

1. Nisbah Keberuntungan

Ia bertujuan untuk mengukur kemampuan sesebuah perniagaan dalam memperolehi keuntungan. berikut merupakan jadual rumus dan huraian


2. Nisbah Kecairan

Ia mengukur keupayaan perniagaan membuat pelbagai jenis pembayaran kepada pihak luar seperti pembekal (akaun belum bayar) dan pihak bank

Selain itu, nisbah ini menunjukkan keadaan mampu bayar sesebuah perniagaan.

Terdapat 2 jenis Nisbah Kecairan dan huraian seperti jadual berikut


3. Nisbah Kecekapan

Ia Mengukur kecekapan perniagaan mengurus inventori dan mengukur keupayaan perniagaan mengutip dan membayar hutang.

Terdapat 3 jenis Nisbah Kecekapan seperti jadual berikut


Nota : Jika melibatkan hari, titik perpuluhan yang diperolehi akan dibundarkan ke hari berikutnya ataupun terus digenapkan

Video Perbincangan soalan Analisis dan Tafsiran Penyata Kewangan




Perbandingan Prestasi Perniagaan

Apabila maklumat diperolehi daripada nisbah-nisbah ini, perbandingan prestasi boleh dilakukan. Nisbah ini ada bertujuan

1. Mengetahui kekuatan dan kelemahan perniagaan
2. Merancang dan mengawal masa depan perniagaan
3. Membuat keputusan mengikut matlamat perniagaan demi memaksimumkan keuntungan

Terdapat 2 jenis perbandingan boleh dilakukan oleh perniagaan iaitu

1. Perbandingan antara tempoh iaitu perakaunan semasa seperti dari tahun ke tahun
2. Perbandingan antara pernigaan dalam industri yang sama. Contohnya perbandingan antara kilang makanan

Catatan Popular