Modul 1 : Pengenalan kepada Perakaunan
1.1 Perakaunan, Subbidang Perakaunan, Kerjaya dan Badan Profesional
Perakaunan merupakan proses merekod urus niaga kewangan yang berlaku dalam organisasi perniagaan secara sistematik. Ini termasuk prestasi perniagaan, kedudukan kewangan, perancangan dan analisis kewangan.
Pelajar akan mempelajari proses merekod segala urusniaga yang berlaku dalam perniagaan dari pelbagai jenis seperti perniagaan milikan tunggal, perkongsian, kelab dan persatuan, syarikat dan juga perkilangan.
1.1.1 Simpan Kira
Simpan kira merupakan proses perakaunan yang melibatkan aktiviti mengumpul, menyusun, menyimpan, merekod dan melapor rekod-rekod perakaunan
Simpan kira biasa diamalkan perniagaan kecil-kecilan seperti gerai pasar malam, kedai runcit dan lain-lain
1.1.2. Perakaunan
Perakaunan merangkumi bidang yang lebih luas iaitu meliputi aktiviti mengumpul, menyusun, menyimpan, merekod, melapor, menganalisis, mentafsir, merancang, menilai dan merumus
Proses perakaunan ini menggunakan bantuan perisian khas/software untuk memudahkan akauntan untuk melakukan semua aktiviti tersebut.
1.1.3. Kitaran Perakaunan
Kitaran perakaunan merupakan aliran atau urutan penyediaan rekod perakaunan. Terdapat 8 peringkat penyediaan rekod perakaunan bagi sesuatu tempoh perakaunan. Tempoh perakaunan atau tempoh tutup rekod perakaunan kebiasaannya setengah tahun dan setahun.
Berikut merupakan peringkat-peringkat kitaran perakaunan
i. Dokumen perniagaan
- Terdiri daripada dokumen sumber dan dokumen bukan sumber yang disimpan secara sistematik untuk rujukan pada masa hadapan
- Bukti bertulis bagi sesuatu perniagaan
ii. Buku Catatan Pertama
- Buku yang digunakan untuk merekodkan butiran urus niaga
- Terdiri daripada Jurnal Am, Jurnal Khas, Buku Tunai dan Buku Tunai Runcit
iii. Lejar
- Merupakan catatan yang diperolehi dari Buku Catatan Pertama dan direkodkan mengikut sistem catatan bergu atau berpasangan.
iv. Imbangan Duga
- Merupakan senarai baki yang diperolehi daripada Lejar
- Baki akhir setiap akaun dalam lejar akan dipindahkan ke dalam Imbanagan Duga untuk menguji ketetapan perekodan mengikut sistem catatan bergu
v. Pelarasan
- Merujuk kepada pelarasan atau pembaikian urus niaga pada tarikh tutup/imbangan
- Direkod dalam Jurnal Am dan dipindahkan ke Lejar untuk mentukan baki yang terkini bagi akaun-akaun yang terlibat
- Contoh pelarasan ialah pelarasan hasil, belanja, susut nilai aset bukan semasa, peruntukan hutang ragu dan ketinggalan catatan
vi. Imbangan Duga Terselaras
- Senarai baki semua akaun termasuk akaun yang telah diselaraskan pada tarikh imbangan
- Ia bertujuan untuk menguji ketepatan catatan bergu dalam Lejar
vii. Catatan Penutupan
- Catatan Jurnal Am dan Lejar untuk merekodkan semua akaun hasil dan belanja
- Pada peringkat ini, akaun hasil dan akaun belanja akan dipindahkan ke Akaun Perdagangan dan Untung Rugi
viii. Penyata Kewangan
- Penyata yang disediakan untuk menghitung untung rugi dan melihat kedudukan kewangan perniagaan bagi sesuatu tempoh
1.1.4. Subbidang Perakaunan
Perakaunan bukan hanya pakar untuk mendapatkan untung atau rugi sahaja, namun banyak cabang yang boleh dipelajari melalui bidang perakaunan ini. Terdapat 4 subbidang dalam perakaunan
i. Perakaunan Kewangan
Menyediakan pelaporan penyata kewangan untuk pengguna dalaman dan luaran
ii. Perakaunan Pengurusan
Menyediakan maklumat kewangan untuk pengguna dalaman seperti pihak pengurusan dalam perniagaan. Maklumat yang digunakan adalah maklumat kewangan dan bukan kewangan untuk digunakan oleh pembuat keputusan. Skop kerja yang dilakukan adalah kawalan, perancangan dan pengurusan pengeluaran
Perbezaan perakaunan kewangan dan pengurusan
Sumber : anm.gov.my
Untuk memeriksa dokumen perniagaan dan rekod kewangan untuk memastikan rekod maklumat kewangan ini adalah betul dan tepat.
Perniagaan yang bersaiz besar akan melantik juruaudit luar untuk memastikan penyata kewangan yang disediakan oleh akauntan adalah tepat dan tiada penyelewengan. Contoh syarikat Audit ialah PricewaterhouseCoopers(PwC)
Senarai Juruadit Suruhanjaya komunikasi dan Multimedia Malaysia
iv. Percukaian
Merancang hal berkaitan percukaian dan menyediakan penyata cukai bagi pihak syarikat. Syarikat yang yang layak dikenakan cukai mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri seperti apabila memiliki modal besar dalam perniagaan iaitu tidak melebihi RM2.5 juta.
1.2 Sejarah Perakaunan dan Perkembangannya
Video Perbincangan Latihan minda 2.2
1.3 Penyata Kewangan
Penyata Kewangan merupakan rekod formal yang mengandungi meklumat kewaangan sesebuah perniagaan. Ianya mengikut garis panduan dalam Piawaian Pelaporan Kewangan (Financial Reporting Standard)
Pengguna dapat melihat kedudukan kewangan sesebuah perniagaan dengan jelas seperti jumlah jualan tahunan, kedudukan aset, keuntungan atau kerugian perniagaan dan sebagainya
Penyata Kewangan (milikan tunggal) terdiri daripada
- Akaun Perdagangan dan Untung Rugi
- Penyata Kedudukan Kewangan
Ciri Kualitatif Penyata Kewangan
Penyata kewangan perlu disediakan dengan baik untuk memastikan pengguna dalaman dan luaran dapat mendapat faedah daripada maklumat tersebut. Terbahagi kepada ciri Kualitatif Asas dan Tetingkat.
a. Ciri Kualitatif Asas
- Kerelevenan
Maklumat yang digunakan dapat memberi mempengaruhi keputusan ekonomi oleh pengguna
- Perwakilan benar
b. Ciri Kualitatif Tetingkat
- Kebolehbandingan
- Kebolehfahaman
- Kebolehsahan
- Pemasaan
1.4 Andaian, Prinsip dan Batasan dalam Perakaunan
1.4.1 Andaian Perakaunan
Penerangan andaian dalam Perakaunan dan contoh soalan
i. Entiti Berasingan
Andaian ini ialah pemilik perniagaan tidak boleh memasukkan perbelanjaan peribadi ke dalam rekod perniagaan. Jika melibatkan transaksi peribadi perlu direkodkan sebagai butiran Ambilan
Contohnya pemilik pernigaan perabot mengambil almari baju untuk digunakan di rumahnya. Maka pemilik perlu merekod barang niaga tersebut sebagai ambilan. Ambilan boleh dalam bentuk barang niaga atau bentuk wang tunai atau bank
ii. Usaha Berterusan
Andaian ini menjangkakan aktiviti kewangan perniagaan beroperasi pada tempoh masa yang panjang. Ia merujuk kepada jangka hayat perniagaan beroperasi pada tempoh yang panjang.
iii. Wang Sebagai Ukuran
Andaian ini maklumat penyata kewangan perniagaan perlu dilaporkan dalam bentuk mata wang mengikut negara masing-masing. Contoh Perniagaan di Malaysia perlu menggunakan mata wang Ringgit Malaysia unit ukuran.
iv. Tempoh Perakaunan
Aktiviti pernigaan perlu mempunyai tempoh kewangan untuk membolehkan pengiraan perbandingan prestasi dilakukan. Perbandingan prestasi ini merujuk keuntungan yang diperolehi, kedudukan aset dan sebagainya dapat dilihat dan dibandingkan dengan betul. Contohnya perniagaan pakaian menetapkan tempoh kewangan selama 12 bulan iaitu 1 Januri hingga 31 Disember setiap tahun.
1.4.2 Prinsip Perakaunan
Penerangan Prinsip Perakaunan dan contoh soalan
i. Ketekalan
- Prosedur perakaunan yang digunakan mestilah konsisten dari satu tempoh ke tempoh perakaunan yang lain
- Ia bertujuan perbandingan maklumat kewangan dibuat dengan adil. Contohnya penggunaan kaedah susut nilai aset bukan semasa mestilah konsisten pada setiap tempoh perakaunan.
ii. Prinsip Kos
- Semua aset perniagaan yang diperolehi hedaklah dinilai dan direkodkan dalam penyata kewangan berdasarkan harga sebenar atau kos asal pembelian.
- Contohnya perniagaan membeli kenderaan bernilai RM90,000 pada 2015, pada tahun 2018 nilai pasaran kenderaan biasanya akan jatuh. Namun demikian untuk merekod dalam penyata kewangan mesti direkod pada nilai asal yang dibeli
- Pengecualian kepada peraturan ini ialah apabila perniagaan dalam proses penutupan dan pembubaran (rujuk modul tingkatan 5)
iii. Pengiktirafan Hasil dan Belanja
- Semua Hasil (belum terperoleh atau belum terima) dan semua belanja (belum bayar atau prabayar) perlu diambil kira ketika menyediakan penyata kewangan pada akhir tempoh perakaunan. Ia bertujuan untuk mengetahui untung bersih sebenar yang dijana oleh perniagaan sepanjang tempoh perakaunan.
1.4.3 Batasan Perakaunan
Penerangan batasan dalam Perakaunan dan contoh soalan
i. Kos Manfaat
- Nilai/faedah penyediaan maklumat kewangan mestilah lebih besar daripada kos penyediaan maklumat kepada pengguna maklumat kewangan
- Merupakan satu kajian sejauh mana pendapatan dapat dijana daripada suatu projek yang ingin dijalankan selepas ditolak dengan semua kos.
- Dengan pendapatan yang optimum dan kos yang minimum, perniagaan akan menikmati untung bersih yang lebih tinggi
- Contohnya Anda mempunyai pilihan untuk menjual tudung secara online tanpa perlu menyewa atau menjual tudung dengan menyewa satu premis perniagaan. Selepas mengambil jangkaan keuntungan dan kos yang ditanggung, anda akan membuat satu pilihan yang terbaik. Ini dikatakan kos manfaat
1.5 Entiti Perniagaan
Organisasi didefinasikan suatu kelompok orang yang bekerjasama dan memberikan komitmen untuk mencapai tujuan yang sama. Terdapat beberapa jenis organisasi dalam perakaunan iaitu
1. Milikan Tunggal
2. Perkongsian
3. Syarikat Berhad
4. Koperasi
Berikut jadual menunjukkan perbezaan setiap jenis organisasi