Modul 3 : Perakaunan Untuk Kawalan Dalaman

3.1 Kawalan Tunai
Kawalan tunai berkaitan dengan kawalan wang tunai. Pemilik perniagaan akan dapat mengawal aliran masuk dan keluar wang tunai atau bank dan dapat menyemak ketepatan merekod di Buku Tunai dan Penyata Bank
Tunai merupakan aset paling cair, jadi mudah berlaku penyelewengan oleh pekerja, kecurian, salah guna dan penipuan

Tujuan Kawalan Tunai
i. Mengurangkan risiko penyelewengan dan kecurian tunai
ii. Memastikan perniagaan mempunyai tunai yang mencukupi
iii. Memastikan penggunaan tunai yang optimum untuk tujuan produktif seperti untuk melabur, beli aset bukan semasa

Kaedah Kawalan Tunai
Terdapat 2 kaedah kawalan tunai
i. Penyata Penyesuaian Bank
ii. Belanjawan tunai

3.2 Penyata Penyesuaian Bank
- Tunai adalah aset mudah cair yang penting. Penerimaan dan pembayaran tunai mesti
dikawal dengan baik.
- Kedudukan tunai diguna untuk menilai keupayaan perniagaan membayar pelbagai
perbelanjaan dan menjelaskan hutang.
- Selepas menerima Penyata Bank pada setiap bulan, peniaga akan membandingkannya
dengan Buku Tunai.
- Biasanya baki yang ditunjukkan dalam Penyata Bank berbeza dengan baki dalam Buku
Tunai. Perbezaan tersebut disebabkan oleh perbezaan masa merekod dan kesilapan.
- Terdapat 2 kaedah dalam penyediaan penyata penyesuaian bank

Kaedah 1. Dengan mengemaskini Buku Tunai. berikut merupakan format dan langkah penyediaannya



Kaedah 2. Tanpa mengemaskini buku tunai

(a) Bermula baki di Buku Tunai


(b) Bermula baki di Penyata Bank


3.3 Belanjawan tunai
- Merupakan penyata yang menunjukkan anggaran penerimaan dan pembayaran untuk tempoh beberapa bulan. Biasanya 3 bulan
- Berikut merupakan contoh format belanjawan tunai

- Terdapat beberapa butiran yang tidak boleh direkodkan dalam penyediaan belanjawan tunai
  1. Peruntukan hutang ragu
  2. Susut nilai terkumpul
- Terdapat juga penyata perbandingan antara belanjawan sebenar dengan yang dijangka atau yang sebenar sebenar diperolehi
- Penyata ini digunakan untuk mengenalpasti prestasi perniagaan sama ada memuaskan atau tidak memuaskan
- Berikut merupakan contoh penyata perbandingan penerimaan dan pembayaran sebenar dengan yang dijangka


- Bagi penerimaan, prestasi perniagaan adalah memuaskan jika jumlah sebenar lebih besar daripada jumlah yang dijangka, dan sebaliknya
- Bagi pembayaran, prestasi perniagaan adalah tidak memuaskan jika jumlah sebenar lebih besar daripada jumlah yang dijangka, dan sebaliknya

Catatan Popular