Modul 4 : Perakaunan Untuk Perkongsian


4.1 Pengenalan Perkongsian

- Organisasi dibentuk secara gabungan sekurang-kurangnya 2 hingga 20 orang pekongsi. Jika perkongsian profesional bilangan 2 hingga 50 orang.

         - Akta Perkongsian 1961 – Perhubungan yang wujud antara orang yang menjalankan urusan bersama dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan

         - Pemilik berkongsi modal, kepakaran, pengalaman dan risiko

         - Tujuan untuk memperolehi keuntungan

         - ContohKlinik Dr Azlan & Rakan-rakan, Khalid, Lim & Associates, Tuminah, Habibah Agro Chips
        
         - Perbandingan antara Perkongsian dan Milikan Tunggal

         
   

Kelebihan Perniagaan Perkongsian

1. Modal - lagi ramai pekongsilagi banyak modal diperolehi

2. Kepakaran - pelbagai kepakaran dikongsi bersama

3. Risiko - ditanggung bersama antara rakan kongsi

4. Pengalaman - Pekongsi mempunyai pengalaman dalam menguruskan perniagaan

Kandungan Akta Perkongsian 1961







Ikatan Perkongsian yang biasa dilakukan oleh pekongsi 

1. Faedah atas pinjaman 

 2. Kongsi untung atau kongsi rugi

 3. Faedah atas modal

 4. Faedah atas ambilan

 5. Kongsi untung atau kongsi rugi

 6. Gaji/elaun/bonus pekongsi

 7. Modal yang disumbangkan oleh pekongsi


4.2 Akaun Pengasingan Untung Rugi

Akaun Pengasingan Untung Rugi (PUR) adalah sambungan daripada Akaun Perdagangan dan Untung Rugi. Akaun PUR ini bermula daripada untung bersih. Ia bertujuan untuk memperolehi kongsi untung atau kongsi rugi selepas mengambil kira beberapa butiran. Contoh format seperti dibawah


4.3 Ekuiti Pemilik dan Penyata Kewangan Perkongsian

Ekuiti Pemilik perkongsian diperolehi daripada Penyata Kedudukan Kewangan. Semua format sama seperti milikan tunggal, cuma hanya di bahagian Ekuiti Pemilik sahaja yang menunjukkan perbezaan. Format adalah seperti dibawah

Video penerangan format akaun dalam perkongsian 



4.4 Pembubaran Perkongsian

Pembubaran bermaksud perniagaan perkongsian ditamatkan atas sebab-sebab tertentu. Apabila perkongsian ditamatkan, segala aset, liabiliti akan dikira semula dan diagihkan kepada pekongsi jika dipersetujui bersama. Jika berlaku kerugian, maka pekongsi akan menanggungnya bersama-sama.




Terdapat 6 sebab berlaku pembubaran

  1. Kematian, muflis atau pekongsi tidak siuman
  2. Tempot tamat
  3. Tujuan penubuhan tercapai
  4. Perintah mahkamah untuk menutup perkongsian
  5. Pertukaran entiti perniagaan kepada syarikat
  6. Persetujuan oleh semua pekongsi
Tatacara Pembubaran Perkongsian

Terdapat 4 langkah perlu dibuat apabila berlaku pembubaran
  1. Menutup semua Akaun Aset kecuali Akaun Bank dan Akaun Tunai (aset perlu dijual atau diambil alih oleh pekongsi)
  2. Menjelaskan/membayar semua liabiliti perniagaan (Akaun Belum Bayar, Pinjaman dan lain-lain)
  3. Perkongsian membayar kepada pekongsi atau pekongsi membayar kepada perkongsian mengikut baki dalam Akaun Modal dan Akaun Semasa)
  4. Membatalkan nama perkongsian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)


Penyediaan Jurnal Am dalam proses pembubaran


Dalam penyediaan Lejar atau akaun, kebiasaannya Akaun Realisasi, Akaun Modal pekongsi dan Akaun Bank akan dibuka secara serentak. Berikut merupakan format Akaun Realisasi, Akaun Modal dan Akaun Bank



Catatan Popular