Modul 5 : Lejar

5.1 Lejar

Merupakan buku akaun utama untuk merekodkan pelbagai jenis urus niaga. Sumber rekod ini diperolehi daripada Buku Catatan Pertama iaitu daripada Jurnal, Buku Tunai dan Buku Tunai Runcit.

Perekodan ke Lejar adalah mengikut sistem catatan bergu dan merupakan ringkasan urus niaga yang lebih tepat dan sistematik. Pengeposan ke lejar akan menunjukkan akaun-akaun banyak dibuka

Terdapat 2 jenis lejar iaitu
i. Lejar Am

  • Lejar yang merekodkan semua urus niaga kecuali Akaun Belum Terima dan Akaun Belum Bayar
  • Contoh Akaun dalam Lejar Am ialah Akaun Hasil, Akaun Belanja, Akaun Aset, Akaun Liabiliti, Akaun Modal dan Akaun Ambilan


ii. Lejar Khas (Subsidiari)

  • Akaun Belum Terima
         Merekodkan jualan secara kredit/hutang. Juga dikenali sebagai Lejar Jualan
  • Akaun Belum Bayar
         Merekodkan belian secara kredit/hutang. Juga dikenali sebagai Lejar Belian

Dalam Lejar, terbahagi kepada 2 klasifikasi atau jenis akaun
i. Akaun Nyata

  • Akaun ini merekodkan semua aset perniagaan. Senang untuk ingat, sesuatu yang nampak secara fizikal. 
  • Contohnya Akaun Perabot, Akaun Kelengkapan, Akaun Tunai, Akaun Bank, Akaun Inventori
ii. Akaun Nominal

  • Akaun ini merekodkan semua hasil dan belanja perniagaan
  • Contohnya Akaun Jualan, Akaun Belian, Akaun Kadar Bayaran, Akaun Pulangan Jualan
iii. Akaun Kontra

  • Akaun ini akan mengurangkan akaun induk iaitu Akaun Jualan, Akaun Belian, Akaun Aset Bukan Semasa, Akaun Belum Terima dan Akaun Modal. Maksud disini ialah akaun kontra berada di bawah akaun induknya.
  • Terdapat 5 sahaja akaun kontra. Akaun Pulangan Jualan, Akaun Pulangan Belian, Akaun Peruntukan Hutang Ragu, Akaun Susut Nilai Terkumpul dan Akaun Ambilan 
5.2 Sistem Catatan Bergu

Merupakan sistem merekod urus niaga ke dalam akaun sekurang-kurangnya dua, iaitu satu sebelah debit dan satu sebelah kredit dengan amaun yang sama. Untuk memahami sistem catatan bergu ini, kita mesti kuasai kedudukan baki Aset, Belanja, Liabiliti, Ekuiti dan Hasil.

Berikut merupakan kedudukan baki dan kesan perekodan untuk 5 kumpulan akaun


Video kaedah memindahkan maklumat dari Buku Catatan Pertama ke Lejar








5.3 Akaun Kawalan

(a) Akaun Kawalan Belum Terima

 Akaun Kawalan Belum Terima merupakan aset semasa dan berbaki awal sebelah debit (rujuk baki b/b). Jika berbaki kredit adalah disebabkan
  • Akaun Belum Terima telah memulangkan barang niaga setelah hutang dijelaskan
  • Akaun Belum Terima menerima diskaun daripada peniaga (rujuk perniagaan kita) setelah hutang dijelaskan 

(b) Akaun Kawalan Belum Bayar

 Akaun Kawalan Belum Bayar merupakan liabiliti semasa dan berbaki awal sebelah kredit 
(rujuk baki b/b). Jika berbaki debit adalah disebabkan
  • Perniagaan (rujuk perniagaan kita) telah memulangkan barang niaga setelah hutang dijelaskan
  • Perniagaan menerima diskaun daripada Akaun Belum Bayar setelah hutang dijelaskan 

Catatan Popular