Modul 5 : Perakaunan Untuk Syarikat Berhad Menurut Syer



5.1 Pengenalan kepada Syarikat Berhad Menurut Syer

Syarikat Berhad Menurut Syer/Saham ialah entiti perniagaan yang dimiliki oleh individu-individu yang menyumbang modal dan diberi syer dalam syarikat. Semua syarikat yang ditubuhkan tertakluk kepada Akta Syarikat 2016

Tatacara penubuhan Syarikat Berhad
  1. Membuat carian nama dan permohonan nama
  2. Menyerah simpan permohonan pemerdanan syarikat
  3. Membayar fi pendaftaran (bayaran pendaftaran)
  4. Menerima Notis Pemerbadanan
Perlembagaan Syarikat

Merupakan dokumen yang mengikat syarikat, pengarah dan pemegang syer. Syarikat Berhad mempunyai pilihan untuk mewujudkan Perlembagaan Syarikat atau tidak. Sekiranya syarikat tidak mewujudkannya, sebarang perselisihan perlu diselesaikan dengan merujuk kepada Akta Syarikat 2016. 

Kandungan Perlembagaan Syarikat
  1. Tujuan syarikat
  2. keupayaan, hak, kuasa atau keistimewaan syarikat jika berbeza dengan peruntukan yang terkandung dalam Akta Syarikat 2016 seperti kuasa dan tanggungjawab Lembaga Pengarah
  3. Perkara-perkara yang dipertimbangkan oleh akta ini untuk dimasukkan ke dalam perlembagaan seperti cara pembayaran dividen
  4. Apa-apa perkara lain yang hendak dimasukkan oleh syarikat ke dalam perlembagaan seperti pengurusan dan pentadbiran syarikat

Ciri-ciri syarikat

1. Entiti berasingan

Pemilik dan organisasi perniagaan adalah terasing daripada dikenakan tindakan undang-undang. Perniagaan atau syarikat boleh didakwa, mendakwa, dan boleh membuat kontrak serta memilik dan menjual aset atas nama perniagaan itu sendiri

2. Liabiliti terhad

Tanggungan liabiliti pelabur atau pembeli saham terhad kepada jumlah yang dilaburkan sahaja sekiranya berlaku pembubaran

3. Hayat berterusan

Perniagaan diandaikan terus beroperasi walaupun salah seorang pemegang saham meninggal dunia atau menarik diri

4. Pengasingan fungsi pemilikan dan fungsi pengurusan

Pemegang syer/saham tiada hak untuk mengawal secara langsung operasi syarikat. Lembaga pengarah akan membentuk polisi syarikat dan melantik pihak pengurusan untuk mengendalikan syarikat

Perbandigan ciri-ciri syarikat Persendirian dan awam adalah seperti berikut

Sumber : Buku Teks KSSM Prinsip Perakaunan Tingkatan 5

Syarikat persendirian dapat dikenali dengan perkataan terakhir nama syarikat tersebut iaiti Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. Antara contoh syarikat persendirian di Malaysia ialah Syarikat Alam Flora Sdn. Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS), Ranhill SAJ Sdn. Bhd.

Bagi Syarikat awal pula perkataan Berhad atau Bhd. ditulis di hujung nama syarikat. Syarikat awam ini mudah dikenali kerana ia akan tersenarai di Bursa Malaysia. Antara contoh Syarikat awam berhad ialah Petroliam National Berhad (PETRONAS), Permodalan Nasional Berhad, dan Mr D.I.Y (Group) Berhad.

5.2 Jenis Modal dan Terbitan Syer

Modal Syarikat
Jenis Modal Syer
(a) Syer Biasa
(b) Syer Keutamaan

Ciri-ciri Syer biasa dan Syer Keutamaan bersifat kumulatif

Sumber : Buku Teks KSSM Prinsip Perakaunan Tingkatan 5

Berikut merupakan catatan Jurnal Am untuk terbitan syer dan berbayar penuh bagi syer keutamaan dan syer biasa

Pindahan dari catatan Jurnal Am terbitan dan berbayar penuh ke Lejar adalah seperti berikut


Syer yang diterbitkan ada kalanya tidak dilanggan. Jadi pihak penaja jamin akan menanggung syer kurangan langganan ini. Catatan Jurnal Am jika berlaku kurangan langganan seperti berikut

Pindahan dari catatan Jurnal Am kurangan langganan ke Lejar adalah seperti berikut


Sekiranya syer yang diterbitkan terlebih langganan, maka perniagaan akan memulangkan semula wang yang diterima. Berikut catatan Jurnal Am

Pindahan dari catatan Jurnal Am bayaran balik lebihan langganan ke Lejar adalah seperti berikut


5.3 Ekuiti Pemilik Syarikat Berhad Menurut Syer

Berikut contoh catatan Modal diterbitkan dan berbayar penuh di bahagian Ekuiti Pemilik, Penyata Kedudukan Kewangan


5.4 Dividen Tunai

Berikut merupakan rumus untuk pengiraan dividen interim dan dividen akhir


Sumber : Sumber Buku Teks Prinsip Perakaunan Tingkatan 5

Catatan Popular