Modul 6 : Imbangan Duga
6.1 Imbangan Duga
Imbangan duga merupakan pindahan baki Debit dan Kredit yang terkini dari Lejar. Baki ini ialah baki b/b yang dibawa pada bulan/tahun yang seterusnya. Jika baki terkini di sebelah Debit, maka pindahan juga di sebelah Debit juga.
Terdapat 4 fungsi Imbangan Duga:
2. Bentuk Lajur/Format Penyata
6.2 Hubungan antara Imbangan Duga, Inventori Akhir dan Penyata Kewangan
6.2.1 Inventori
Merupakan barang yang dimiliki atau dibeli dan dijual semula. Ia dianggap sebagai aset semasa perniagaan. Inventori bagi perniagaan biasa hanya 1 jenis sahaja iaitu Inventori barang siap
Bagi perkilangan terdapat Inventori bahan mentah/langsung, Inventori kerja dalam proses dan Inventori barang siap. Boleh rujuk Modul 7 Perakaunan Kos yang akan dipelajari di TIngkatan 5
Inventori terbahagi dua sistem perekodan
1. Sistem Inventori Berkala

- Menyemak ketepatan Catatan Bergu
- Menyemak ketepatan pengiraan dalam Buku Catatan Pertama dan Lejar
- Menyemak ketepatan proses pemindahan daripada Buku Catatan Pertama ke dalam Lejar
- Memudahkan penyediaan Penyata Kewangan
Imbangan Duga mempunya dua bentuk
2. Bentuk Lajur/Format Penyata
Kekangan dalam Imbangan Duga
Imbangan Duga yang seimbang tidak semestinya betul. Ini kerana terdapat kesilapan yang tidak menjejaskan nilai menjadi seimbang. Kesilapan ini dipanggil Kesilapan tidak ketara.
Terdapat 6 jenis kesilapan tidak ketara
1. Kesilapan amaun
2. Kesilapan ketinggalan satu urus niaga
3. Kesilapan terbalik atau songsang
4. Kesilapan komisen
5. Kesilapan saling mengimbangi
6. Kesilapan prinsip
6.2 Hubungan antara Imbangan Duga, Inventori Akhir dan Penyata Kewangan
6.2.1 Inventori
Merupakan barang yang dimiliki atau dibeli dan dijual semula. Ia dianggap sebagai aset semasa perniagaan. Inventori bagi perniagaan biasa hanya 1 jenis sahaja iaitu Inventori barang siap
Bagi perkilangan terdapat Inventori bahan mentah/langsung, Inventori kerja dalam proses dan Inventori barang siap. Boleh rujuk Modul 7 Perakaunan Kos yang akan dipelajari di TIngkatan 5
Inventori terbahagi dua sistem perekodan
1. Sistem Inventori Berkala
- Sistem ini tidak menyimpan rekod inventori keluar dan masuk setiap hari
- Ianya akan ditentukan pada akhir sesuatu tempoh perakaunan
- Biasanya sistem ini digunakan oleh perniagaan kecil-kecilan dan skala sederhana
- Pengiraan inventori ini adalah secara manual, dikira satu persatu
- Peniaga dapat mengesan keluar masuk setiap inventori
- Pergerakan inventori akan direkodkan secara terperinci. Ini kerana inventori mempunyai kod bar yang boleh diimbas oleh mesin pengimbas
- Sistem ini digunakan oleh pasar raya besar seperti AEON, MYDIN dan lain-lain. Namun sekarang sudah banyak perniagaan kecil menggunakan mesin pengimbas ini.
Penilaian akhir inventori
Bagi perniagaan yang menggunakan sistem inventori berkala, peniaga perlu menyediakan kad inventori
Setiap urus niaga yang melibatkan pergerakan inventori ini akan direkodkan dalam kad inventori. Ini termasuklah belian, jualan, pulangan barang dan ambilan inventori. Dengan itu peniaga dapat mengira berapa inventori akhir untuk setiap jenis inventori dalam perniagaan
Sumber maklumat perekodan dalm kad inventori adalah daripada dokumen Invois, Memo, Nota Debit dan Nota Kredit