Modul 7 : Perakaunan Kos
Perakaunan kos disediakan apabila perniagaan membuat sendiri barangan yang hendak dijual. Contohnya perniagaan yang menjual burger, pada masa yang sama perniagaan tersebut menghasilkan sendiri daging burger. Perniagaan ini perlu untuk menyediakan perakaunan kos untuk mendapatkan kos yang terlbiat dalam menghasilakan daging burger. Contoh lain ialah kilang pakaian, kilang kereta dan sebagainya.
Konsep Kos
- Amaun yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu barangan atau perkhidmatan.
- Kos pengeluaran – kos yang terlibat dalam proses pengeluaran.
- Diukur dalam unit wang yang mesti dibayar untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan.
1. Kos Tetap
- Atau disebut sebagai kos malar.
- Kos yang tidak berubah mengikut perubahan tingkat aktiviti pengeluaran.
- Contoh; sewa kilang, insurans kilang, susutnilai loji dan mesin, gaji pengurus.
- Jumlah kos tetap adalah sentiasa sama walaupun pengeluaran bertambah atau berkurang.
- Kos tetap seunit akan berubah mengikut volum pengeluaran (unit keluaran / unit jualan).
- Semakin tinggi volum pengeluaran , semakin rendah kos tetap seunit dan sebaliknya.
2. Kos Berubah
- Kos yang berubah secara berkadar terus dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran.
- Jumlah kos berubah akan bertambah atau berkurang pada kadar yang sama dengan perubahan dalam tingkat pengeluaran.
- Kos berubah seunit adalah tetap jika ada berlaku perubahan dalam tingkat pengeluaran.
- Contoh; kos bahan langsung, kos buruh langsung kilang dan belanja langsung
ELEMEN KOS PENGELUARAN
1. Kos bahan langsung
- Kos atau bahan utama dalam proses pengeluaran.
- Contoh = cukai belian bahan langsung, angkutan masuk dan insurans atas belian
- Akan meningkat sekiranya unit pengeluaran ditingkatkan dan sebaliknya
2. Kos Buruh Langsung
- Upah yang diberi kepada pekerja yang terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran.
- Merupakan kos berubah
- Contoh; buruh kilang, upah operator kilang, pekerja sambilan (part time)
3. Belanja Langsung
- Belanja yang turut berubah secara berkadar terus dengan volum pengeluaran.
- Contoh; bayaran royalti, reka bentuk produk dan kos dagangan (paten).
4. Kos Prima
- Kos Bahan Langsung + Kos Buruh Langsung + Belanja Langsung
5. Kos Overhed
- Kos yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran tetapi diperlukan untuk mengeluarkan output (meliputi semua kos pengeluaran yang bukan kos bahan dan juga bukan kos buruh langsung).
- Tidak berubah mengikut perubahan volum pengeluaran dalam jangka masa tertentu.
- Contoh;
- Kos buruh tak langsung : gaji jurutera kilang, gaji penyelia kilang, gaji pengurus kilang dan gaji pengawal keselamatan kilang dan kerani kilang
- Bahan tak langsung; bahan api, minyak pelincir.
- Sewa kilang.
- Sewa loji dan mesin.
- Susut nilai loji dan mesin.
- Insurans kilang.
- Pembaikan dan penyelenggaraan loji dan mesin.
- Alat-alat kecil - perkakas-perkakas kecil yang digunakan untuk membaiki dan menyelenggara mesin dan loji di kilang; tukul, spana, nat, skru dan playar.
6. Kerja Dalam
Proses
- Atau dikenali disebagai barang separuh siap.
- Barang yang telah diproses tetapi belum dapat disiapkan pada akhir tempoh
Terdapat 2 bentuk untuk menyediakan akaun kos pengeluaran
i. Bentuk akaun
ii. Bentuk penyata
Berikut merupakan format akaun pengeluaran bentuk akaun (T) dan bentuk penyata
Berikut merupakan format akaun pengeluaran bentuk akaun (T) dan bentuk penyata yang melibatkan 3 jenis kos kerja dalam proses
Kebiasaannya, pelajar lebih gemar untuk membuat akaun ini dalam bentuk penyata. Kita lihat perbezaan antara 2 bentuk format melibatkan 1 kos kerja dalam proses dan bentuk 3 jenis kerja dalam proses.
Untuk penyediaan format ini, bergantung kepada bentuk soalan yang diuji. Jika dianalisis, semua kos perlu ditambah, hanya pulangan belian, inventori akhir bahan langsung dan kerja dalam proses akhir sahaja perlu DITOLAK
7.3 Analisis Titik Pulang Modal
Terdapat dua kaedah pengiraan Titik Pulang Modal
(a) Kaedah Margin Caruman
Kaedah ini menggunakan beberapa rumus untuk memperolehi Titik Pulang Modal seperti berikut
(b) Kaedah Graf
Kaedah ini menggunakan Graf untuk memperolehi Titik Pulang Modal