Modul 8 : Pelarasan pada Tarikh Imbangan dan Penyediaan Penyata Kewangan Milikan Tunggal
Perakaunan asas Tunai mengiktiraf urus niaga direkodkan sama ada diterima atau dibayar yang berlaku dalam tempoh perakaunan. Dengan kata lain perniagaan merekodkan wang yang telah diterima atau wang yang telah dibayar
Sebagai contoh perniagaan menerima sewa sebulan RM1000. Pada tempoh perakaunan wang yang telah diterima ialah RM10000 iaitu perniagaan menerima untuk 10 bulan sahaja (10 bulan x RM1000). Maka jumlah yang perlu direkodkan ialah RM10000.
Perakaunan asas Akruan mengiktiraf urus niaga yang berlaku dalam tempoh yang diperolehi. Berdasarkan contoh di atas, wang yang sepatutnya diterima ialah RM12000 (12 bulan x RM1000), namun yang diterima ialah RM10000 sahaja. Jadi beza sebanyak RM2000 itu dianggap Perakaunan asas Akruan. Asas akruan ini direkodkan sebagai Sewa belum Terima
Akruan ini akan menimbulkan Hasil belum terima, Hasil belum terperoleh, Belanja belum terima dan Belanja prabayar. 4 jenis ini akan memberi kesan kepada Aset Semasa dan Liabiliti semasa
Terdapat 4 jenis pelarasan pada tarikh imbangan yang biasa diuji dalam soalan:
a. Akaun Nominal
b. Hutang lapuk, Hutang lapuk terpulih dan Peruntukan hutang ragu
c. Susut nilai dan susut nilai terkumpul
d. Pelupusan aset bukan semasa secara tunai
Walaupun terdapat pelarasan, penyata kewangan tetap seimbang selepas dibuat diambil kira
8.2 Pelarasan Akaun Nominal
Akaun Nominal merupakan butiran Hasil dan Belanja. Jika Akaun Nominal Hasil akan menjadi Hasil Belum Terima dan Hasil Belum Terperoleh. Bagi Belanja pula akan menjadi Belanja Belum Bayar dan Belanja Prabayar.
a. Hasil Belum Terima merupakan hasil yang belum diterima dalam tempoh perakaunan. Contohnya Komisen yang telah diterima RM5000 daripada RM6000 yang sepatutnya. RM1000 itu ialah Komisen Belum Terima. RM1000 ini akan direkodkan sebagai Aset Semasa di Penyata Kedudukan Kewangan
8.3 Hutang Lapuk, Hutang Lapuk Terpulih dan Peruntukan Hutang Ragu
8.4 Susut Nilai dan Susut Nilai Terkumpul
8.5 Pelupusan Aset Bukan Semasa secara Tunai
8.6 Imbangan Duga Terselaras
8.7 Penyata Kewangan dengan Pelarasan
b. Hasil Belum Terperoleh merupakan hasil yang telah diterima untuk tempoh akan datang.
c. Belanja Belum Bayar merupakan belanja yang perlu dibayar dalam tempoh perakaunan, namun belum lagi dibayar. Belanja belum bayar ini akan direkodkan di Liabiliti semasa di Penyata Kedudukan Kewangan.
Contohya Kadar bayaran yang sepatutnya diayar ialah RM1000, namun perniagaan menjelaskan bayaran RM800. Jadi RM200 itu adalah Kadar bayaran belum bayar
d. Belanja Prabayar merupakan belanja yang dibayar lebih dari tempoh perakaunan. Contohnya Insurans dibayar RM2000 daripada RM1500 yang sepatutnya di bayar. Maka beza sebanyak RM500 adalah Insurans prabayar dan direkodkan di bahagian Aset Semasa di Penyata Kedudukan Kewangan.
Anda boleh menonton video di di bawah untuk lebih jelas kaedah pengiraan dan kaedah merekodkan ke Lejar
8.3 Hutang Lapuk, Hutang Lapuk Terpulih dan Peruntukan Hutang Ragu
8.4 Susut Nilai dan Susut Nilai Terkumpul
8.5 Pelupusan Aset Bukan Semasa secara Tunai
8.6 Imbangan Duga Terselaras
8.7 Penyata Kewangan dengan Pelarasan