Modul 9 : Pembetulan Kesilapan
9.1 Pembetulan Kesilapan
9.1.1 Kesilapan Ketara
Kesilapan jenis ini menyebabkan Imbangan Duga tidak seimbang iaitu umlah di bahagian debit dan kredit tidak sama.
5 jenis kesilapan ketara
(a) Kesilapan pengiraan semasa menyediakan Buku Catatan Pertama, Lejar dan Imbangan Duga
(b) Kesilapan Pindahan
(d) Merekdkan pada satu akaun sahaja
(e)Merekodkan amaun yang tidak sama di bahagian debit dan bahagian kredit
9.1.2 Kesilapan Tidak Ketara
Merupakan kesilapan yang tidak memberi kesan terhadap keseimbangan Imbangan Duga. Dengan kata lain Imbangan Duga masih imbang walaupun kesilapan jenis ini berlaku
(a) Kesilapan Ketinggalan
(b) Kesilapan Komisen
(c) Kesilapan Prinsip
(d) Kesilapan Amaun
(e) Kesilapan Terbalik atau Songsang

9.2 Penyata Kewangan Selepas Pembetulan Kesilapan
9.1.1 Kesilapan Ketara
Kesilapan jenis ini menyebabkan Imbangan Duga tidak seimbang iaitu umlah di bahagian debit dan kredit tidak sama.
5 jenis kesilapan ketara
(a) Kesilapan pengiraan semasa menyediakan Buku Catatan Pertama, Lejar dan Imbangan Duga
- Berlaku apabila memindahkan jumlah atau amaun dari dokumen sumber ke Buku Catatan Pertama, atau dari Buku Catatan Pertama ke Lejar, atau dari Lejar ke Imbangan Duga. Maksud di sini kesilapan menjumlahkan amaun yang betul seperti maklumat asal yang diperolehi.
(b) Kesilapan Pindahan
- Merupakan kesilapan memindahkan amaun dari Buku Catatan Pertama ke dalam Lejar dan daripada Lejar ke Imbangan Duga. Dengan kata lain amaun yang dipindahkan tidak sama seperti yang asal
- Merupakan kesilapan merekod butiran kedua-dua sebelah debit, atau kedua-dua sebelah kredit
(d) Merekdkan pada satu akaun sahaja
- Merupakan kesilapan sistem catatan bergu kerana hanya merekod satu sahaja sama ada kredit sahaja atau debit sahaja
(e)Merekodkan amaun yang tidak sama di bahagian debit dan bahagian kredit
- Merupakan kesilapan memindahkan amaun tidak sama untuk bahagian debit dan kredit
9.1.2 Kesilapan Tidak Ketara
Merupakan kesilapan yang tidak memberi kesan terhadap keseimbangan Imbangan Duga. Dengan kata lain Imbangan Duga masih imbang walaupun kesilapan jenis ini berlaku
(a) Kesilapan Ketinggalan
Merupakan kesilapan tertinggal 1 rekod urusniaga atau mungkin satu dokumen sumber tercicir menyebabkan ia tidak direkodkan. Contohnya belian dengan cek RM2000 belum direkodkan dalam mana-mana buku
Berikut rekod pembetulan dalam Jurnal Am
(b) Kesilapan Komisen
Merupakan kesilapan merekodkan akaun yang salah, walaupun amaun dan pengelasan akaun yang betul. Kesilapan ini boleh melibatkan aset dengan aset, belanja dengan belanja dan pengelasan yang sama. Contohnya Jualan Tunai RM1000 telah didebitkan ke dalam akaun Bank. Disini akaun tunai dan akaun bank adalah aset semasa, iaitu di bawah pengelasan akaun yang sama. Tetapi salah rekod di akaun bank
Berikut rekod pembetulan dalam Jurnal Am
(c) Kesilapan Prinsip
Merupakan kesilapan merekodkan dalam pengelasan akaun berbeza. Contohnya ambilan barang RM200 untuk kegunaan peribadi telah direkodkan dalam belanja am
Berikut rekod pembetulan dalam Jurnal Am
(d) Kesilapan Amaun
Merupakan kesilapan merekod amaun berbeza dengan dokumen asal, keliru atau seakan-akan sama seperti 903 dengan 930, 113 dengan 131. Contoh urusniaga, Kadar bayaran yang dibayar dengan cek RM903 telah direkodkan dalam akaun RM930. Disini terdapat kesilapan terlebih rekod sebanyak RM27. Maka akaun yang terlibat perlu dikurangkan dengan terbalik kan catatan bergu.
Berikut rekod pembetulan dalam Jurnal Am
(e) Kesilapan Terbalik atau Songsang
Merupakan kesilapan tersalah debit dan kredit. Sebagai contoh Ambilan Inventori untuk promosi RM300 telah didebitkan akaun Belian dan dikreditkan promosi. Kaedah membaiki kesilapan ini mesti DIGANDAKAN untuk kedua-dua debit dan kredit.
Berikut rekod pembetulan dalam Jurnal Am
(f) Kesilapan Saling Mengimbangi
Melibatkan terlebih amaun atau terkurang amaun, walaupun catatan bergu adalah betul. Contohnya Bayaran RM2000 kepada Akaun Belum Bayar dengan cek masing-masing terkurang catat RM100. Maka akaun terlibat perlu ditambah amaun RM100
Berikut rekod pembetulan dalam Jurnal Am
