Bagaimana Memahami Konsep Debit dan Kredit


Assalamualaikum, di sini saya cuba membantu untuk anda memahami konsep debit (kiri) dan kredit (kanan) dalam ilmu Prinsip Perakaunan. Konsep catatan bergu ini adalah konsisten bila kita sambung belajar selepas SPM.

Terdapat lima jenis/klasifikasi dalam akaun iaitu Aset, Liabiliti, Belanja, Hasil dan Ekuiti. Sifat azali semua klasifikasi akaun ini telah ditetapkan pencipta sistem catatan bergu. Mari kita lihat apa yang debit dan apa yang kredit


Debit
Kredit
Aset (aset semasa dan aset bukan semasa)
Liabiliti (liabiliti semasa dan liabiliti bukan semasa)
Belanja
Ekuiti Pemilik

Hasil

1. Aset
Aset kedudukan berada di sebelah debit. Apabila aset itu bertambah, kita akan rekodkan sebelah debit. Sebaliknya apabila aset itu berkurang, kita akan rekodkan disebelah kredit.

Kita ambil satu transaksi melibatkan aset semasa, contohnya jualan tunai RM1000. Akaun Tunai akan menjadi debit kerana duit tunai akan bertambah atau menyebabkan aset bertambah.

2. Belanja
Belanja bersifat di sebelah debit. Apabila belanja bertambah, kita akan rekod di sebelah debit. Sebaliknya jika berkurang akan direkod di sebelah kredit.

Contohnya, Pemilik membayar sewa premis dengan cek RM1000. Sewa premis merupakan belanja bagi perniagaan, dengan ini sewa akan direkod di sebelah debit kerana ia menambahkan belanja. 

Contoh lain, Insurans terlebih bayar selama sebulan sebanyak RM100. Kesannya ialah akan mengurangkan nilai insurans. Maka nilai RM100 akan direkod disebelah kredit



3. Liabiliti
Liabiliti bersifat di sebelah kredit. Apabila liabiliti bertambah akan direkod di sebelah kredit dan apabila berurang direkod bahagian debit.

Contoh liabiliti ialah Akaun Belum Bayar, overdraf bank, pinjaman 
4. Ekuiti Pemilik
Ekuiti pemilik bersifat di sebelah kredit. Apabila liabiliti bertambah akan direkod di sebelah kredit dan apabila berurang direkod bahagian debit.

5. Hasil
Hasil bersifat di sebelah kredit. Apabila liabiliti bertambah akan direkod di sebelah kredit dan apabila berurang direkod bahagian debit.


Catatan Popular