TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN PRINSIP PERAKAUNAN SPM

Assalamualaikum wbt. esok Isnin 26/11/2018 merupakan peperiksaan SPM untuk Prinsip Perakaunan. Diharapkan semua calon sudah bersedia 100% untuk menjawab esok. Saya ingin berkongsi strategi menjawab peperiksaan. 

Bagi kertas 2, masa peperiksaan adalah 2 jam 30 minit. Pelajar mesti membahagikan masa sebaiknya untuk setiap soalan. Ini kerana pelajar sebaiknya menjawab semua soalan, jika masa tidak digunakan dengan betul maka tak semua boleh jawab soalan sedangkan soalan tu mungkin senang. Pelajar perlu memilih soalan yang mudah terlebih dahulu. Setiap soalan diperuntukkan tempoh masa yang tertentu.

Terdapat 2 bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi soalan 1 (10 markah), soalan 2 (25 markah), soalan 3 (25 markah). Bahagian A pelajar wajib menjawab semua soalan. Untuk soalan 1 yang melibatkan soalan struktur, masa menjawab maksimum 10 minit sahaja. Jika tak siap, pelajar mesti teruskan soalan seterusnya. Katakan pelajar memilih untuk jawab soalan 2, masa diperuntukkan 40 minit. Sama juga masa menjawab untuk soalan 3. Jika tak sempat siap teruskan soalan seterusnya.

< Bahagian B terdapat 3 soalan, pelajar hanya perlu menjawab 2 soalan sahaja daripada soalan 4, 5 dan 6. Masa untuk menjawab bahagian ini ialah 30 minit setiap soalan. Maka di sini 60 minit diperuntukkan untuk bahagian B. 

Jangan lupa sentiasa berdoa dan solat hajat  untuk memudahkan urusan menjawab peperiksaan. InsyaAllah. Semoga calon SPM 2018 Prinsip Perakaunan ini dapat menjawab dengan sebaiknya. AMin

Catatan Popular