BELANJA
BELANJA
Belanja merupakan wang yang dikeluarkan sepanjang proses perniagaan. Contohnya kita menjual air balang di sekolah, belanja perlu dibuat seperti belian perasa air, gula, air dan lain-lain. Sama juga untuk perniagaan yang lebih besar dan akan wujud pelbagai jenis belanja
Kedudukan baki awal (b/b) Akaun Belanja adalah di sebelah Debit. Maksud di sini jika berlaku penambahan, maka perlu direkod di sebelah debit (kiri). Sebaliknya jika berlaku pengurangan akan direkod di bahagian kredit (kanan).
Belanja terbahagi kepada 2 iaitu
1. Belanja operasi
Merupakan belanja yang terlibat secara langsung dalam aktiviti utama perniagaan. Antaranya
2. Belanja bukan operasi
Merupakan belanja yang tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti utama perniagaan. Antaranya

- Gaji
- Insurans
- Sewa
- Kadar bayaran (bil air, elektrik, bil internet, astro)
- Belanja am
- Alat Tulis
- Susut nilai
- Insurans
- Belanja membaiki kenderaan
- Hutang lapuk
- Penambahan hutang ragu
- Angkutan keluar
2. Belanja bukan operasi
Merupakan belanja yang tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti utama perniagaan. Antaranya
- Faedah atas pinjaman bank
- faedah atas overdraf
- rugi atas pelupusan aset
Glosari:
BELIAN: Belanja untuk membeli barang niaga.
KADAR BAYARAN: Bayaran bil utiliti seperti bil elektrik, air, telefon dan Internet.
BELANJA AM: Belanja umum yang tidak diklasifikasikan dalam belanja lain.
INSURANS: Bayaran premium untuk mendapatkan perlindungan kewangan daripada syarikat insurans.
FAEDAH PINJAMAN: Faedah yang dikenakan ke atas pinjaman pokok.
HUTANG LAPUK: Hutang yang sudah pasti tidak dapat dikutip semula dan dihapus kira.
PERTAMBAHAN PERUNTUKAN HUTANG RAGU: Pertambahan dalam anggaran hutang yang mungkin tidak dapat dikutip semula.
SUSUT NILAI ASET: Penyusutan nilai aset bukan semasa.
DUTI IMPORT: Cukai yang dikenakan atas barangan import.
ANGKUTAN MASUK: Bayaran untuk mengangkut barang niaga ke dalam perniagaan.
ANGKUTAN KELUAR: Bayaran untuk mengangkut barang kepada pelanggan.
(sumber dari Buku Teks KSSM Tingkatan 4 Prinsip Perakaunan)