HASIL

HASIL

Hasil merupakan wang sama ada tunai ataupun bank yang yang diperolehi sepanjang proses perniagaan. Contohnya ayah kita adalah peniaga kedai runcit, maka hasil ialah jualan barangan runcit seperti gula, beras, sayur-sayuran dan sebagainya. Hasil bergantung kepada jenis pernigaan, jika perniagaan kita adalah perniagaan perabot, maka hasil ialah jualan perabot. Jika perniagaan kita kedai menggunting rambut, maka hasil ialah perkhidmatan menggunting rambut.

Image result for revenue

Kedudukan baki awal (b/b) Akaun Hasil adalah di sebelah Kredit atau sebelah kanan. Maksud di sini jika berlaku penambahan hasil, maka perlu direkod di sebelah kredit. Sebaliknya jika berlaku pengurangan akan direkod di bahagian debit.


Hasil terbahagi kepada 2 iaitu

1. Hasil operasi
Merupakan hasil yang terlibat secara langsung dalam aktiviti utama perniagaan. Antaranya

  • Jualan barang
  • hasil perkhidmatan (tuisyen, menjahit, audit)

2. Hasil bukan operasi
Merupakan hasil yang tidak terlibat secara langsung dalam aktiviti utama perniagaan. Antaranya

  • Faedah atas simpanan
  • Sewa diterima
  • Untung atas pelupusan aset
  • Pengurangan hutang ragu
  • Komisen diterima
  • Diskaun diterima

Catatan Popular