KAEDAH PENYEDIAAN PENYATA PENYESUAIAN BANK

Terdapat 2 kaedah yang digunakan untuk menyediakan penyata penyesuaian bank. Beberapa langkah perlu diambil untuk menjawab. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diikuti

1. Membaca maklumat tambahan dan membuat pelarasan. 

kebiasaan soalan akan memberi situasi kesilapan catatan di buku tunai sama ada terlebih rekod atau terkurang rekod, dan ini boleh berlaku di bahagian penerimaan (debit) atau pembayaran (kredit)

Terdapat juga situasi cek tak laku yang mana pihak bank memaklumkan Rujuk Penyuruh Bayar. Cek tak laku ini dapat dikesan di bahagian debit Buku Tunai

2. Mengenalpasti Nombor cek yang lama

Nombor cek yang lama dapat dikesan melalui nombor cek yang paling awal di Buku Tunai. Jika wujud no cek tersebut di Penyata Bank, maka tidak perlu diambil kira



3. Menandakan butiran atau amaun yang sama

Amaun yang sama bermaksud jumlah yang direkod di Buku Tunai sama dengan apa yang di rekod di Penyata Bank. Di sini pelajar perlu pastikan amaun di bahagian debit Buku Tunai sama dengan jumlah kredit Penyata Bank, dan sebaliknya

4. Menyediakan jawapan

Jawapan yang disediakan bergantung kepada kehendak soalan sama ada dengan mengemaskini Buku Tunai atau Tanpa mengemaskini Buku Tunai


Saya kongsikan video cara menjawab kaedah dengan mengemaskini Buku Tunai dan tanpa mengemaskini Buku Tunai. Semoga bermanfaat untuk semua


1. Kaedah dengan mengemaskini Buku Tunai


2. Kaedah Tanpa Mengemaskini Buku Tunai



Catatan Popular