Modul 2 : Klasifikasi Akaun dan Persamaan Perakaunan

Gambar di bawah menunjukkan gambaran perbezaan pelbagai alat sebelum dan selepas disusun dengan mengikut jenisnya. Begitu juga dalam perakaunan pelbagai komponen akaun perlu dikenali dan disusun dengan baik mengikut jenis-jenis. 

 2.1 Komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan

Akaun merupakan ringkasan daripada urus niaga yang berlaku dalam pelbagai jenis perniagaan. Contoh akaun ialah Akaun Modal, Akaun belum terima, akaun belian dan banyak lagi. Daripada akaun-akaun ini kemudian diklasifikasikan atau dikelaskan untuk dipindahkan ke Penyata Pendapatan dan Penyata Kedudukan Kewangan. 


Penyata pendapatan adalah penyata yang menunjukkan prestasi kewangan sesebuah perniagaan bagi suatu tempoh perakaunan



Gambar 1 : Komponen dalam Akaun Perdagangan

Jualan Bersih merupakan hasil operasi yang terdiri daripada Jualan dan pulangan jualan/masuk. Perniagaan yang berasaskan perkhidmatan dipanggil hasil perkhidmatan.

Kos Jualan merupakan kos dan belanja untuk membeli barang niaga iaitu inventori, belian, pulangan belian/keluar dan angkutan masuk, upah atas belian, duti atas belian, insurans atas belian dan cukai import. 




Gambar 2 : Komponen dalam Akaun Untung Rugi


Hasil merupakan pendapatan yang dijana daripada perniagaan atau hasil operasi seperti komisen, faedah diterima. Ianya juga melibatkan hasil bukan operasi contohnya sewa diterima dan dividen

Belanja merupakan perbelanjaan yang dibayar dalam perniagaan melibatkan belanja operasi seperti kadar bayaran, gaji dan sewa dan belanja bukan operasi seperti


Komponen dalam Penyata Kedudukan Kewangan


Gambar 3 : Komponen dalam Penyata Kedudukan Kewangan


Gambar 4 : Pecahan butiran dalam setiap komponen dalam Penyata Kedudukan Kewangan yang merangkumi

Berdasarkan gambar 4 di atas, dapat dilihat kedudukan mengikut aturan atau format dalam bentuk penyata bagi komponen Aset Bukan Semasa, Aset Semasa, Liabiliti Semasa, Liabiliti Bukan Semasa dan Ekuiti Pemilik dalam Penyata Kedudukan Kewangan. 

Aset Bukan Semasa merupakan aset dalam bentuk fizikal yang mempunyai tempoh hayat lebih dari setahun kewangan dan tahap kecairan rendah. Setahun kewangan contohnya tempoh perakaunan 1 Januari 2020 hinggan 31 Disember 2020. Kecairan rendah bermaksud perniagaan tidak mudah untuk menjual dalam tempoh masa terdekat kerana melibatkan kos untuk membelinya yang tinggi. Antara contoh ialah kenderaan, Alatan pejabat, bangunan

Aset Semasa merupakan aset yang berbentuk fizikal yang mempunyai kecairan tinggi dan tempoh penggunaan adalah kurang dari setahun. Kecairan yang tinggi ialah aset ini cepat berkurang dalam tempoh kurang setahun kewangan. Contohnya Tunai di tangan, tunai di dalam bank, Inventori atau stok perniagaan.

Liabiliti Semasa merupakan hutang jangka pendek yang ditanggung oleh perniagaan. Hutang ini boleh dibayar dalam tempoh setahun. Contonhya apabila perniagaan membuat belian secara hutang atau kredit daripada pembekal, jadi perniaagaan boleh bayar dalam tempoh setahun kewangan. Pembekal ini dipanggil Akaun Belum Bayar, buku teks lama menggunakan istilah Pemiutang  

Liabiliti Bukan Semasa merupakan hutang jangka panjang perniagaan yang melebihi setahun kewangan untuk menjelaskannya. Hutang ini melibatkan jumlah yang besar yang ditanggung sesebuah perniagaan. Contohnya Pinjaman bank dan Gadai janji

Ekuiti Pemilik merupakan modal yang dilaburkan dalam perniagaan. Modal ini boleh berbentuk aset semasa dan aset bukan semasa. Ekuiti pemilik juga merupakan pelaburan pemilik ke dalam perniagaan yang dijalankan. Ekuiti pemilik akan bertambah jika perniagaan mendapat keuntungan (Untung Bersih) dan akan berkurang jika mengalami kerugian (Rugi Bersih). 
Jika pemilik membuat ambilan dalam pernigaannya seperti mengambil wang tunai, inventori untuk kegunaan peribadi akan turut menyebabkan Ekuiti Pemilik berkurang.  

2.2 Item Setiap Komponen Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan

1. Hasil

Merupakan pendapatan perniagaan dalam tempoh perakaunan. Pendapattan ini termasuk daripada operasi perniagaan dan bukan operasi perniagaan, dengan kata lain hasil sampingan yang diperolehi. Hasil terbahagi kepada 2 iaitu:

a. Hasil Operasi

Merupakan pendapatan yang dijana daripada aktiviti harian perniagaan. Contohnya perniagaan Kedai Serbaneka RM2, Hasil operasinya ada JUALAN. Jika berniagaan tersebut adalah berbentuk perkhidmatan seperti Restoren makanan, hasil operasi adalah ditulis sebagai HASIL PERKHIDMATAN. Selain itu, komisen diterima daripada pembekal, sewa diterima daripada premis perniaagaan dan Faedah simpanan daripada Simpanan di akaun semasa juga dianggab sebagai Hasil Operasi.

b. Hasil Bukan Operasi

Merupakan hasil yang diperolehi daripada di luar perniagaan. Contohnya mendapat dividen daripada pelaburan dan keuntungan hasil jualan aset bukan semasa yang dipanggil untung pelupusan 

Terdapat juga hasil yang diperolehi bukan dalam bentuk wang seperti Pengurangan hutang hagu dan untung pelupusan aset. Hutang ragu merupakan anggaran yang dibuat oleh perniagaan untuk kutipan hutang daripada pelanggannya. Peratus peruntukan hutang ragu ini boleh bertambah dan boleh berkurang mengikut keadaan dalam tempoh setahun. Untung pelupusan aset merupakan untung daripada penjualan aset bukan semasa selepas mengambil kira harga semasa dan susut nilai terkumpul

2. Belanja

Merupakan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh perniagaan sama ada dalam tempoh perakaunan atau tempoh yang akan datang

a. Belanja Operasi

Belanja yang terlibat secara langsung dengan perniagaan yang dijalankan. Contoh belanja operasi bagi perniagaan Kedai alat tulis ialah gaji, Kadar bayaran (bil elektrik, air, internet), belanja am, sewa, susut nilai, insurans.

b. Belanja Bukan Operasi

Belanja yang tidak terlibat secara langsung dengan pernigaan yang dijalankan seperti faedah atas pinjaman bank, faedah atas overdraf dan rugi atas pelupusan.

Belanja yang tidak melibatkan pembayaran wang ialah peruntukan hutang ragu, penambahan hutang ragu, rugi atas pelupusan, hutang lapuk dan susut nilai aset

3. Aset

Merupakan harta yang dimiliki oleh perniagaan. Harta ini asalnya merupakan hak milik pengusaha pernigaan kemudian dimasukkan dalam perniagaan. Apabila dimasukkan dalam perniagaan, harta tersebut dianggap harta perniagaan. Dalam dunia perakaunan ada istilah andaian entiti berasingan untuk memisahkan harta pemilik dengan perniagaan.

Aset ini ada berbentuk fizikal seperti kenderaan, alatan pejabat dan premis. Aset bukan fizikal pula seperti akaun belum terima, hasil belum terima dan belanja prabayar

a. Aset Semasa

Merupakan aset yang boleh ditukar dalam bentuk tunai dalam tempoh setahun kewangan dan ianya mempunyai tahap kecairan yang tinggi. Maksudnya di sini aset tersebut cepat berkurang dan cepat bertambah. Contohnya Tunai, Bank, hasil belum terima, belanja prabayar, inventori, deposit tetap, simpanan bank dan deposit kadar bayaran

b. Aset Bukan Semasa

Aset yang sukar ditukar dalam bentuk tunai dalam tempoh setahun dan mempunyai tahap kecairan yang rendah. Aset ini bernilai tinggi menyebabkan tidak mudah bertukar dalam tempoh setahun kewangan. Contohnya premis, kelengkapan, alatan pejabat dan perabot 

4. Liabiliti

Merupakan hutang perniagaan yang perlu dijelaskan. Hutang ini dituntut oleh pihak luar apabila perniagaan membuat urusniaga secara kredit atau hutang seperti pembekal perniagaan

a. Liabiliti Semasa

Merupakan hutang perniagaan daripada pihak luar dan tempoh bayaran dalam tempoh setahun kewangan. Ianya juga bersifat hutang jangka pendek seperti Akaun Belum Bayar (pembekal barang secara kredit/hutang), overdraf bank. Overdraf bank ialah kemudahan bank yang disediakan untuk perniagaan menggunakan wang lebih dari baki yang ada dalam akaun semasa perniagaan, kemudian bank akan mengenakan caj bayaran kepada perniagaan. 

b. Liabiliti Bukan Semasa

Merupakan hutang perniagaan yang boleh dilangsaikan lebih setahun tempoh kewangan. Ianya juga dikenali sebagai hutang jangka panjang seperti pinjaman bank dan gadai janji

5. Ekuiti Pemilik

Merupakan harta pemilik yang disumbangkan ke dalam perniagaan sendiri. Juga dikatakan hutang pemilik yang boleh dituntut dengan perniagaan. Pulangan yang diperoleh apabila pemilik meminjam hantanya ini ialah keuntungan yang diperolehi. Dalam perakaunan ia ditulis Modal dan bahagian Ekuiti Pemilik. 

Video Perbincangan Latihan minda 2.2

2.3 Persamaan Perakaunan 

Persamaan perakaunan mempunyai hubungan dengan Aset, Liabiliti dan Ekuiti pemilik berdasarkan persamaan asas:

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik 

Contoh Aset RM10 000, nilai Liabiliti dan Ekuiti juga mesti RM10 000. Rumus ini juga diaplikasikan dalam Penyata Kedudukan Kewangan. Ekuiti pemilik terdiri daripada Untung Bersih atau Rugi Bersih. Apabila dikembangkan rumus ini akan menjadi

Aset = Liabiliti + Modal + Untung Bersih

atau

Aset = Liabiliti + Modal - Rugi Bersih

Untung bersih adalah hasil operasi Hasil - Belanja yang mana hasil lebih banyak, sebaliknya Rugi Bersih adalah disebabkan belanja lebih besar sari Hasil. Berikut merupakan persamaan melibatkan hasil dan belanja:

Aset = Liabiliti + Modal + Hasil - Belanja

Untuk memahami persamaan perakaunan ini, pelajar perlu mengenalpasti setiap butiran dalam komponen Aset, Belanja, Liabiliti, Ekuiti Pemilik dan Hasil. Boleh rujuk fomat Akaun Perdagangan dan Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan di atas untuk lebih jelas. 

Apabila sudah dikenalpasti setiap komponen tersebut, pelajar dapat mengenalpasti setiap kesan urus niaga sama ada bertambah atau berkurang. 

Contoh urusniaga : Perniagaan memasukkan wang tunai RM100 ke dalam perniagaan

Kesan yang berlaku ialah ke atas aset semasa iaitu Tunai bertambah RM100, dan Ekuiti pemilik iaitu Modal bertambah RM100.

Boleh rujuk video di bawah untuk melihat bagaimana kesan urus niaga berlaku

Kaedah menjawab soalan Persamaan Perakaunan

Video Perbincangan Latihan minda 2.3

2.4 Catatan Kontra dan Carta Akaun

Catatan kontra adalah catatan yang boleh mengurangkan baki akaun yang berkaitan. Dalam buku teks yang lama dikenali sebagai Akaun Kontra dan Akaun Induk.

Kesan pengurangan ataupun perlu buat operasi tolak dapat dilihat apabila kita menyediakan Akaun Perdagangan dan Penyata Kedudukan Kewangan

Dalam Prinsip Perakaunan terdapat 5 catatan kontra iaitu

1. Susut nilai terkumpul 

Susut nilai terkumpul berada di bahagian Aset Bukan Semasa yang akan mengurangan akaun yang berkaitan. Contohnya Susut nilai terkumpul kenderaan akan mengurangkan nilai kos kenderaan

2. Peruntukan hutang ragu

Peruntukan hutang ragu berada di bahagian Aset Semasa yang akan mengurangkan nilai Akaun Belum Terima

3. Ambilan

Ambilan berada di bahagian Ekuiti Pemilik yang akan mengurangkan Modal

4. Pulangan jualan / masuk

Pulangan jualan berada di bahagian Jualan Bersih iaitu di Akaun Perdagangan yang akan mengurangkan Jualan

5. Pulangan belian / keluar

Pulangan belian berada di bahagian Kos Jualan yang di Akaun Perdagangan yang akan mengurangkan Belian

Carta Akaun

Merupakan kumpulan nombor untuk membezakan komponen dalam perakaunan iaitu Aset, Belanja, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil dan catatan kontra Ianya digunakan dalam sistem perekodan di komputer. 

Sebagai contoh nombor 1 hingga 999 untuk semua komponen Aset semasa dan Aset bukan semasa,

1001 hingga 1999 untuk semua komponen Belanja, dan begitulah seterusnya

Contoh soalan melibatkan carta akaun adalah seperti di bawah


Berdasarkan soalan di atas, kod 494 adalah dalam lingkungan 400 hingga 494, maka jawapannya ialah untuk butiran Hasil. Jadi hasil di sini ialah Sewa diterima iaitu C

Video Perbincangan Latihan minda 2.4

Video Perbincangan Soalan Objektif

Catatan Popular