Analisis Soalan Percubaan SPM 2020 Prinsip Perakaunan

Alhamdulillah pelajar dapat kembali ke sekolah untuk membuat persiapan terakhir bagi Peperiksaan SPM pada 8 Mac 2021 pada hari Isnin. Analisis soalan percubaan ini disediakan oleh Cikgu Loi dari SMK Sri Ipoh, Perak. 

Analisis ini dapat memberi gambaran Modul-modul yang popular dikeluarkan oleh setiap sekolah/daerah dan negeri. Mengikut pengalaman tahun-tahun sebelum ini, analisis soalan percubaan boleh dikatakan 90% sama dengan soalan SPM yang akan kita duduki tidak lama lagi

Pelajar wajib membuat set soalan percubaan untuk memberi keyakinan untuk menjawab peperiksaan SPM nanti. Boleh diibaratkan sebagai latihan kecergasan supaya pelajar berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapi Peperiksaan SPM nanti.

Semoga pelajar terus bersemangat untuk mengulangkaji pelajaran dan semoga mendapat keputusan cemerlang untuk SPM 2020 InsyaALLAH.


Catatan Popular