Andaian Perakaunan


i. Entiti Berasingan

Andaian ini ialah pemilik perniagaan tidak boleh memasukkan perbelanjaan peribadi ke dalam rekod perniagaan. Jika melibatkan transaksi peribadi perlu direkodkan sebagai butiran Ambilan
Contohnya pemilik pernigaan perabot mengambil almari baju untuk digunakan di rumahnya. Maka pemilik perlu merekod barang niaga tersebut sebagai ambilan. Ambilan boleh dalam bentuk barang niaga atau bentuk wang tunai atau bank

ii. Usaha Berterusan
Andaian ini menjangkakan aktiviti kewangan perniagaan beroperasi pada tempoh masa yang panjang. Ia merujuk kepada jangka hayat perniagaan beroperasi pada tempoh yang panjang.

iii. Wang Sebagai Ukuran
Andaian ini maklumat penyata kewangan perniagaan perlu dilaporkan dalam bentuk mata wang mengikut negara masing-masing. Contoh Perniagaan di Malaysia perlu menggunakan mata wang Ringgit Malaysia unit ukuran.

iv. Tempoh Perakaunan
Aktiviti pernigaan perlu mempunyai tempoh kewangan untuk membolehkan pengiraan perbandingan prestasi dilakukan. Perbandingan prestasi ini merujuk keuntungan yang diperolehi, kedudukan aset dan sebagainya dapat dilihat dan dibandingkan dengan betul. Contohnya perniagaan pakaian menetapkan tempoh kewangan selama 12 bulan iaitu 1 Januri hingga 31 Disember setiap tahun. 

Catatan Popular